fbpx

EFL: Manchester City sedia turunkan ‘budak mentah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA mungkin menyenaraikan pasukan mudanya bertemu Spurs apabila City tidak mahu memberikan fokus untuk saingan EFL. - AFP

LONDON – Manchester City seakan memulakan perang psikologi terhadap Tottenham Hotspur apabila kedua-duanya akan buat perhitungan pada aksi Piala Liga Inggeris, awal pagi esok.

Guardiola tidak menjadikan pertandingan itu sebagai keutamaan dan bersedia untuk menurunkan ‘budak mentah’ kerana misi utamanya adalah mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Sikap Guardiola yang tidak mahu terlalu ambil serius terhadap pertandingan ini seakan berasas memandangkan wujud keluhan pemain mengenai penjadualan padat.

“Sudah pasti kedatangan kami ke gelanggang lawan adalah untuk bersaing, tetapi fokus utama kami adalah aksi bertemu Bournemouth, Brighton (Liga Perdana Inggeris) dan Sporting Lisbon (Liga Juara-Juara).

Tanpa bermaksud memperlekehkan pertandingan Piala Liga Inggeris, Guardiola menegaskan beliau tidak gentar untuk berdepan dengan tindakan atas komen yang dibuatnya.

“Kami akan buat keputusan, jika pemain (utama) tidak ada masalah untuk bermain, kami pasti akan menurunkan mereka. Namun, akan tetap ada kebimbangan dan yang pasti saya tidak mahu mengambil sebarang risiko,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI