fbpx

EFL: Arsenal resah bakal hilang Magalhaes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAGALHAES (duduk) mengalami kecederaan ketika beraksi menentang Liverpool sebelum ini dan mungkin tersisih aksi EFL kali ini. - AFP

LONDON – Masalah kecederaan di kem Arsenal bertambah parah di kala mereka dalam persediaan bagi menghadapi pusingan keempat Piala Liga Inggeris (EFL) menentang Preston North End di Stadium Deepdale awal pagi esok.

Terbaharu, tonggak pertahanan, Gabriel Magalhaes dijangka berehat buat seketika selepas gagal meneruskan aksi ketika membantu The Gunners mencatat keputusan seri 2-2 menentang Liverpool di Anfield kelmarin.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berada dalam keadaan dilema ketika ini memandangkan isu kecederaan yang membelenggu pasukan itu mampu merencatkan usaha mereka untuk memburu sekurang-kurangnya satu trofi musim ini.

“Saya tidak tahu tahap kecederaan yang dialaminya (Gabriel), tetapi dia tidak boleh melakukan larian. Sama ada ia kecederaan lutut atau buku lali, itu masih belum dapat dipastikan kerana pasukan perubatan sedang menilai.

“Bagi saya, pasukan sudah melakukan segala-galanya untuk mempercepatkan proses pemulihan bagi membolehkan dia segera beraksi. Sekarang ini kami hanya perlu menunggu keputusan daripada mereka,” katanya.

Biarpun hanya menentang pasukan dari Liga Kejuaraan, namun Arsenal masih mengharapkan pemain-pemain terbaik mereka diturunkan kerana banyak kejutan pernah berlaku dalam saingan EFL.

Selain Gabriel, beberapa pemain lagi seperti Riccardo Calafiori, Martin Odegaard, Takehiro Tomiyasu dan Kieran Tierney dijangka tidak akan diturunkan pada aksi menentang Preston nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI