fbpx

Doa ibu penyelesaian terbaik – Fattah Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paling penting kata Fattah, doa ibu bapa adalah keberkatan yang tiada tandingan.

PETALING JAYA – Percaya doa ibu senjata paling berbisa, pelakon Fattah Amin menitipkan nasihat kepada yang bergelar anak tentang pentingnya berbuat baik dan menghargai jasa ibu bapa, terutama selagi mereka masih di sisi.

Ujar Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 33, segala kebaikan dikecapi hari ini adalah berkat doa restu ibunya, Azizah Abdul Ghani yang sentiasa menyokong perjalanan hidupnya sejak dari awal kerjaya.

“Khususnya buat yang masih ada ibu bapa, saya nasihatkan hargai mereka yang berada di depan mata kita ini sebaik-baiknya.

“Setiap orang rasa kesusahan dalam hidup dan ada ujian tetapi tak semua mengambil jalan dengan pergi kepada ibu ayah mereka dan minta doa serta keberkatan.

“Ada lebih selesa bercerita dengan kawan atau nak buat sendiri. Tapi sebenarnya penyelesaian yang terbaik datang daripada doa ibu. Itu apa yang saya alami,” katanya menerusi video dalam TikTok bersama pelakon Umie Aida.

Pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu juga menekankan keberkatan doa ibu bapa yang dianggap sebagai penyelesaian terbaik dalam mengatasi setiap ujian hidup.

“Setiap orang ada ujian, tetapi tak semua memilih untuk berkongsi masalah dengan ibu bapa mereka. Sebenarnya, doa ibu adalah penyelesaian terbaik, itu yang saya sendiri alami,” tambahnya.

Mengimbau pengalaman sendiri, Pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan itu berkata urusan hidupnya menjadi lebih mudah selepas insan kesayangannya mendoakan kelapangan ketika dia berada dalam kesusahan.

“Saya kata dekat ibu, ‘ibu tolong doakan saya dan khususkan doakan ini.’ Selepas ibu doa, SubhanAllah, segalanya dipermudahkan,” dedahnya.

Paling penting kata bapa kepada seorang cahaya mata itu, pengalaman tersebut menjadi satu pengajaran bahawa restu dan doa ibu bapa adalah keberkatan yang tiada tandingan.

Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan Fattah selain memuji sikap aktor itu yang tidak pernah membelakangi ibu bapanya dalam segenap hal.

“Bagusnya Fattah, memang dia anak yang soleh, tengok pun tahu, jenis bertanggungjawab,” komen seorang peminat.

“Tengok air muka Fattah dan ahli keluarga, memang datang dari keluarga yang baik-baik, semoga Allah permudahkan segala urusan,” demikian komen seorang netizen.

Sebelum ini, menerusi sesi siaran langsung dalam TikTok, pelakon Datin Seri Umie Aida bersama ibu Fattah berbual tentang hadiah yang diberikan anaknya itu selepas menerima bayaran pertama sebagai pelakon.

Kata ibunya, dia dihadiahkan beg tangan hasil bayaran pertama penggambaran namun jarang menggunakannya kerana terlalu sayang.— KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI