KESAL terlanjur kata, pelakon Baim Wong mengakui kekhilafan diri mendedahkan aib isterinya, Paula Verhoeven yang mencetuskan kecaman ramai.
Aktor berusia 43 tahun itu berkata, keterbukaan memperincikan punca memfailkan permohonan perceraian akibat kecurangan wanita terbabit adalah bagi membuktikan dirinya berada di pihak yang benar.
“Salahkan sahaja diri saya yang mungkin gagal sebagai suami.
“Sekarang ini saya fokus menenangkan diri. Terlalu banyak kejadian yang berlaku sehingga merasakan saya di pihak benar, namun menjadi perbahasan ramai,” katanya.
Pada 7 Oktober lalu Baim memfailkan cerai terhadap Paula dan sehari kemudian mengadakan sidang media bagi memperincikan apa yang berlaku.
Begitupun, ketika Baim mengakui keterlanjurannya, peguamnya Fahmi Bachmid pula mendakwa anak guamnya itu tertawa apabila Paula tidak mengaku berselingkuh.
Terkini, netizen menempelak sikap bapa dua anak itu yang dilihat tidak ‘gentleman’ kerana sengaja mengaibkan wanita yang masih berstatus isterinya.