RIYADH – Kapten AL Nassr, Cristiano Ronaldo menjadi duri dalam daging selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti yang menyaksikan pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Raja Arab Saudi awal pagi tadi.
Pada perlawanan pusingan 16 menentang AL Taawoun itu, Al Nassr telah dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-96 selepas pasukan pelawat ketinggalan 0-1.
Namun, rembatan Ronaldo melepasi palang gol sekali gus menyaksikan Al Nassr yang dikendalikan oleh Stefano Pioli tersingkir daripada kejohanan berprestij peringkat domestik itu.
Ronaldo yang kini berusia 39 tahun mengakui kesilapan tersebut dengan menyatakan setiap cabaran membuka peluang untuk perbaiki diri menjadi pemain yang lebih baik.
“Setiap cabaran (kesilapan) membuka peluang untuk perbaiki diri,” kata pemain kelahiran Portugal itu. – AGENSI