PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan salam takziah buat keluarga Manjeet Singh Dhillon atas pemergian mendiang pada Isnin lalu.
Anwar dalam hantaran di aplikasi Facebook berkata, beliau menyifatkan mendiang sebagai seorang sahabat baik, peguam baik, hebat serta arif dalam bidang.
“Sebagai seorang rakan karib, saya terkesan atas pemergiannya.
“Takziah sekali lagi kepada keluarga mendiang Manjeet,” katanya dalam hantaran itu hari ini.
Manjeet, 82, yang berkhidmat sebagai Presiden Badan Peguam Malaysia dari 1991 hingga 1992 dan pernah menjadi Presiden Royal Lake Club meninggal dunia di rumahnya. – KOSMO! ONLINE