fbpx

Anak menangis nampak hantu dalam rumah – Ayda Jebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi kejadian misteri dialami anak sulungnya, Ana Nayla yang didakwa berdepan gangguan makhluk halus.

Ujar Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 33, insiden pelik itu berlaku di bilik air rumah mereka ketika anaknya sedang mandi sebelum menjerit perkataan ‘hantu’.

“Kejadian berlaku awal pagi, Nayla pergi tandas tiba-tiba menjerit cakap ada hantu. Selalunya dia mandi okey sahaja macam biasa.

“Dia tunjuk arah atas iaitu dekat siling tandas. Sebelum ini tak pernah dia beritahu ada apa-apa dalam tandas,” katanya menerusi sebuah hantaran dalam TikTok miliknya.

Dalam hantaran sama, Ayda juga menyatakan kemungkinan makhluk tersebut telah mengikut suaminya, Nabil Mahir, pulang ke rumah selepas membuang sampah di sebuah kawasan sekitar kediaman mereka.

“Malam sebelum kejadian, Nabil kemas stor dan ada beberapa barang yang kami buang. Nak dijadikan cerita, Nabil pergi buang dekat satu tempat yang tak pernah kami buang.

‘Masa buang sampah-sampah itu, Nabil kata dia rasa tidak sedap hati di situ. Berkemungkinan ‘benda’ (makhluk halus) ikut balik rumah,” kongsinya.

Pun begitu, pelantun lagu Memerang itu mendedahkan kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlaku kepada puteri kesayangannya apabila sebelum ini pernah mengadu melihat entiti ketika mereka menginap di sebuah hotel

“Ini bukan kali pertama dia nampak, sebelum ini pernah melihat sesuatu dekat hotel yang kami pernah menginap.

“Ada beberapa hotel di Kuala Lumpur yang kalau baru masuk bilik, anak saya akan berhenti dan cakap dekat ayah dia dekat tempat itu ada hantu,” jelasnya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berharap agar kejadian serupa tidak berulang lagi selain memohon perlindungan Tuhan agar keluarganya terlindung daripada sebarang gangguan.

Rata-rata netizen menyarankan Ayda supaya membuat solat hajat dan memasang zikir dalam rumah selain memberi salam sebelum masuk ke dalam kediaman mahupun tempat lain yang ingin dihuni. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI