fbpx

Wanita ‘healing’ seorang diri ditemui lemas terdampar di pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat wanita berusia 40 tahun ditemui orang ramai kira-kira pukul 7.20 pagi.

ALOR GAJAH – Suasana di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah di sini gempar apabila mayat seorang wanita ditemuksn terdampar di pesisir pantai, pagi tadi.

Mayat wanita berusia 40 tahun itu dijumpai orang ramai kira-kira pukul 7.20 pagi dalam keadaan tertiarap dan memakai pakaian renang.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, maklumat diterima pada pukul 7.25 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan.

“Mangsa dipercayai lemas. Kita menemui barangan miliknya seperti selipar, baju sejuk dan kunci chalet atas tambak batu pantai.

“Semakan di sebuah chalet mendapati mangsa baru mendaftar masuk seorang diri untuk dua malam sejak semalam. Hasil soal siasat ke atas keluarganya mangsa sering berjalan-jalan seorang diri,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan pada tubuh badan mangsa tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Mayat mangsa dihantar di Unit Forensik, Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

“Apa-apa pun kita tunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI