fbpx

[VIDEO] ‘Saya akan jernihkan keadaan sebab sayang keluarga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farid berjanji akan memujuk isteri, Diana Danielle sehabis upaya agar perceraian tidak berlaku buat kali kedua.

PETALING JAYA – Tidak berhenti memujuk, pelakon Farid Kamil berjanji akan menjernihkan kemelut rumah tangganya dengan isteri Diana Danielle selepas aktres itu menyuarakan hasrat untuk bercerai semalam.

Farid atau nama lengkapnya, Farid Kamil Zahari, 43, menerusi satu hantaran Instagram mengambil maklum mengenai perkara tersebut selain menegaskan masih sayangkan keluarganya.

“Alhamdulillah, saya mendengar perkhabaran tersebut dan seperti semua maklum, saya sayangkan isteri dan anak-anak saya.

“Saya akan berusaha apa sahaja untuk menjernihkan keadaan kembali.

“Insya-Allah doakan yang terbaik,” katanya.

Hari ini, Diana ketika dihubungi meminta orang ramai memberinya ruang.

Dalam masa sama, peguam yang mewakilinya iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan Diana sudah menberi arahan untuk meneruskan proses memfailkan perceraian terhadap Farid dalam tempoh terdekat.

Semalam, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia nekad untuk berpisah dan bakal memfailkan perceraian terhadap Farid buat kali kedua.

Pelakon filem Imaginur itu juga enggan lagi dipujuk malah berkata janji yang ditabur Farid sebelum ini tidak tertunai.

Bagaimanapun, hantaran dalam akaun media sosial itu sudah dipadam olehnya.

Pada 10 Mac tahun lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson pernah memfailkan permohonan cerai di mahkamah yang sama iaitu Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Alasan diberikannya adalah tiada persefahaman, berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Farid dan Diana kemudiannya sah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu namun, kembali rujuk sebulan kemudian.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora yang berusia sembilan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI