fbpx

[VIDEO] Macam lipas kudung lari bila tuan rumah sedar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman CCTV yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang pencuri dilihat lari lintang-pukang apabila perbuatannya memecah sebuah kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah disedari oleh pemilik kediaman tersebut.

Kejadian itu didakwa bukan kali pertama berlaku di pekarangan rumah itu di Kampung Tapang, Kota Bharu, Kelantan semalam.

Pencuri itu didakwa masuk melalui pagar belakang rumah berkenaan.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan kelibat suspek yang memecah masuk ke dalam kereta milik penghuni rumah yang diletakkan di hadapan kediaman tersebut.

Dalam pada itu, suspek dipercayai melakukan cubaan kedua selepas gagal dalam percubaan pertamanya pada 16 Oktober lalu.

Cubaan kali ini, suspek dilihat memanjat pagar belakang rumah dan berjaya memasuki kereta milik penghuni rumah itu.

Bagaimanapun, mangsa yang menyedari kejadian itu segera keluar dan cuba mengejar suspek, namun belum ada maklumat lanjut mengenai identiti atau lokasi suspek.

Orang ramai turut memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian tersebut, dengan ramai yang mengingatkan pemilik rumah agar sentiasa berhati-hati.

“Berhati-hatilah semua. Banyak rumah dah kena di kawasan itu,” kata Mader B.

“Pada 10 Oktober lalu, dalam satu malam, tiga rumah dipecah masuk. Mereka menggunakan modus operandi yang sama, iaitu memecah masuk kereta,” tambah Aznul25. – KOSMO! ONLINE

@nikmdhizwan_ Pecah kereta di kota bharu‼️kg.tapang (28/10/2024) pukul 3:20am‼️Suspek datang kali kedua selepas gagal pada (16/10/2024)😱 Pakat berhari-hati belako deh sek kito🫡 #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚viral #pdrm #pdrmmalaysia #criminal #crime #viralvideo #viraltiktok ♬ original sound – Nikmdhizwan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI