fbpx

Tukang masak didakwa rakam video, simpan gambar lucah rakan sejenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Seorang tukang masak dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini hari ini atas pertuduhan merakam video lelaki lain dalam bilik mandi dan menyimpan gambar lucah lelaki tersebut.

Mohamad Shamir Farizmi Narawi, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Tertuduh didakwa mengaibkan kehormatan dan mengganggu kesantunan mangsa yang berusia 21 tahun dengan cara merakam video lelaki itu ketika berada dalam bilik mandi.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di bilik mandi asrama sebuah villa di Teluk Senangin, Lumut pada pukul 9.17 malam, 20 Oktober lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menyimpan 16 keping gambar lucah ketika berada di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung kira-kira pukul 4.30 petang pada 25 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI