fbpx

Saya tak boleh ‘edit’ kemarahan – Kajol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAJOL

DIDAKWA bersikap baran terhadap sekumpulan paparazi ketika hadir dalam sebuah majlis keagamaan, baru-baru ini, sikap pelakon Kajol masih lagi diperkatakan netizen.

Ramai mendakwa aktres yang popular sejak era 1990-an itu mempunyai sikap baran dan tidak mampu mengawal marah di depan khalayak.

Tidak berdiam diri, bintang filem Kuch Kuch Hota Hai itu bertegas, sebagai insan biasa dia tetap mempunyai perasaan.

Baginya, perbuatan tidak menghormati rumah ibadah seperti dilakukan paparazi yang berdegil masih memakai kasut dalam sebuah ritual keagamaan perlu disuarakan.

“Tidak bermakna sebagai artis saya tidak boleh menegur perbuatan sebegitu. Itu bukan biadab. Saya juga tidak boleh edit kata-kata saya seperti babak filem,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI