fbpx

Ramai masih belum balik kampung, lebuh raya lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di laluan menghala Plaza Tol Gombak lancar malam ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama dari ibu kota ke bahagian utara, timur dan selatan kelihatan lancar pada malam ini.

Berdasarkan gambar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsikan pada laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), kesemua laluan keluar dari ibu kota menghala ke negeri-negeri dilihat lancar serta tiada pergerakan perlahan melibatkan kenderaan.

Antara laluan tersebut ialah Kuala Lumpur-Karak termasuk jalan di Plaza Tol Gombak, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) dan Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan).

Malah, setakat ini tiada maklumat terkini berkait aliran trafik sesak dan perlahan dikongsikan oleh LLM pada media sosialnya.

Semalam, kerajaan bersetuju memberikan tol percuma pada 29 dan 30 Oktober ini bagi membolehkan pengguna lebuh raya berbilang kaum terutamanya masyarakat India beragama Hindu untuk menyambut perayaan Hari Deepavali 2024.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata, pemberian tol percuma itu akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula pada pukul 12.01 tengah malam tadi dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam, 30 Oktober. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI