fbpx

‘Raja ular Afrika Selatan’ mati dipatuk ular tedung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dingo sering melakukan pelbagai aksi berbahaya bersama reptilia. - Newsflash

PIETERMARITZBURG, AFRIKA SELATAN – Seorang pesohor YouTube yang dikenali ramai disebabkan pelbagai aksi berbahaya bersama reptilia berbisa, meninggal dunia selepas dipatuk ular tedung, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Graham ‘Dingo’ Dinkelman atau turut dikenali sebagai Steve Irwin Afrika Selatan mati Sabtu lalu selepas mengalami komplikasi akibat serangan reptilia berbahaya itu pada bulan lalu.

Pesohor YouTube dan ahli pemuliharaan hidupan liar dari Pietermaritzburg, Afrika Selatan itu dimasukkan ke hospital dan dirawat di unit rawatan rapi.

“Dingo bertarung untuk terus bertahan dalam masa sukar ini. Kami tahu dia telah mencuba untuk terus bersama kami. 

“Namun, walaupun dengan kekuatan dan ketahanannya, suami saya yang tercinta meninggal dunia dengan tenang hari ini (Sabtu) sambil dikelilingi ahli keluarga,” kata isteri Dingo, Kirsty.

Dingo sering melakukan aksi berbahaya seperti Irwin, yang merupakan seorang personaliti televisyen popular dari Australia.

Irwin meninggal dunia pada 2006 apabila dia ditikam di dada oleh seekor ikan pari semasa melakukan penggambaran di Great Barrier Reef. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI