fbpx

Perhebat inisiatif untuk komuniti India – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan pertemuan bersama pengurusan Mitra dan beberapa Ahli Parlimen hari ini. - Foto Facebook Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Kerajaan berpendirian untuk terus memperhebatkan inisiatif bagi memberdayakan komuniti India di negara ini, khususnya menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini termasuk menerusi peruntukan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk melaksanakan pelbagai program, termasuk pembiayaan perniagaan komuniti India.

“Justeru, saya mengarahkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi untuk menyelaras dan memperbanyakkan program berkaitan bagi memastikan peruntukan ini mencapai matlamat, yang akan diselia Timbalan Menteri, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan.

“Semoga iltizam kerajaan serta sokongan semua pihak khususnya daripada pimpinan masyarakat India, akan terus memperkukuh Mitra dan merealisasikan hasrat untuk memartabatkan masyarakat India di negara ini,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar memaklumkan, beliau mengadakan pertemuan bersama pengurusan Mitra dan beberapa Ahli Parlimen yang mewakili masyarakat India bagi membincangkan pandangan dan idea untuk terus memperkasa komuniti India. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI