fbpx

Penagih dicekup selepas dikejar 16 kilometer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KERETA Proton Gen2 dinaiki suspek terbabas selepas dikejar kereta peronda polis sejauh 16kilometer dekat Rembau di sini. - Foto IHSAN POLIS.

SEREMBAN – Seorang suspek yang dipercayai positif dadah jenis Methamphetamine cuba melarikan diri sejauh lebih kurang 16 kilometer (km) selepas dikejar kereta peronda polis dari Jalan Pinggiran Senawang hingga Rembau di sini petang semalam.

Adegan kejar-mengejar itu berakhir selepas kereta dipandu suspek terbabas dekat Rembau, malah kejadian itu turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian pada pukul 7 petang itu, polis yang menjalankan tugasan operasi bersepadu telah melihat sebuah kenderaan Proton Gen2 daam keadaan mencurigakan.

“Pihak polis kemudian mengarahkan pemandu yang juga suspek berusia 52 tahun supaya memberhentikan keretanya di Jalan Pinggiran Senawang.

“Bagaimanapun, suspek cuba melarikan diri dengan memandu laju ke arah Rembau dan sampai di persimpangan Ulu Sepri kenderaan dipandu suspek hilang kawalan serta terbabas melanggar perumahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Rembau,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas Mohamad Hatta, pemeriksaan ke atas suspek tidak menjumpai barang salah,namun semakan kad pengenalan mendapati suspek mempunyai 16 rekod lampau berkaitan kes dadah dan jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI