fbpx

Bakal pengantin ditemukan mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhamad Aiman Safwan yang hilang akibat dihanyutkan arus deras di muara Sungai Muda pada kelmarin ditemui terdampar di kawasan pantai, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pemuda yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di muara Sungai Muda dekat Pasar Bisik di Kota Kuala Muda, dekat sini kelmarin ditemui mati lemas kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.

Mayat mangsa, Muhamad Aiman Safwan Mahadzir, 25, dijumpai terdampar di kawasan pantai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, mayat mangsa yang merupakan pekerja kilang itu ditemui pemancing di kawasan pantai yang menjadi laluan ke Pulau Sayak.

“Beberapa pemancing menemui mayat mangsa pada pukul 11.50 pagi tadi dan memaklumkan tentang penemuan itu kepada pasukan penyelamat.

“Mayat lelaki itu dibawa untuk proses pengecaman ahli keluarga di Pusat Kawalan Bomba (PKB) di tepi pantai sebelum dihantar untuk proses bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim, di sini,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan mangsa sempat bergurau dengan beberapa rakannya di muara sungai tersebut sebelum hilang akibat dihanyutkan arus deras dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, kelmarin.

Muhamad Aiman Safwan yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik yang telah bertunang bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun hadapan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI