fbpx

Terhenti kerja, lihat dua ekor pak belang lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi dua ekor harimau belang melintas jalan di Jalan Gua Musang-Kenyir dekat Felda Aring 5, Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Seramai 13 pekerja kontraktor terkejut selepas mereka terserempak dengan dua ekor harimau belang ketika sedang melakukan kerja-kerja menurap jalan di Jalan Gua Musang-Kenyir dekat Aring 5 di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, kesemua pekerja itu tergamam apabila melihat kemunculan dua ekor harimau belang di kawasan tersebut.

Pengurus pekerja kontraktor, Mohamad Alif Asrah Rosdi, 33, berkata, ia merupakan kejadian kedua yang berlaku selepas pekerja lain pernah melihat haiwan liar itu melintas jalan sebelum ini.

Katanya, kejadian yang berlaku semalam merupakan laluan sama mereka melihat seekor harimau belang sedang melintas jalan di jalan utama berhampiran Felda Aring 5 di sini kelmarin.

“Pekerja yang sedang melakukan kerja penurapan jalan semalam memaklumkan kelibat dua ekor harimau belang dikesan melintas jalan kira-kira 300 meter dari tempat mereka melakukan kerja.

“Sebelum itu, seekor harimau belang turut kelihatan melintas jalan kira-kira pukul 9.30 pagi kelmarin. Keadaan itu membuatkan kami bekerja dalam keadaan takut-takut dan berhati-hati kerana bimbang kemunculan haiwan liar itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI