fbpx

Minta mak ayah belikan mainan mungkin tidak bagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar dua orang lelaki berstatus bapa orang khusyuk bermain dengan jengkaut mainan

PETALING JAYA – Dua orang lelaki dewasa khusyuk bermain jentera mainan di sebuah tempat permainan kanak-kanak telah mencuri perhatian ramai di media sosial.

Dalam hantaran yang tular di platform X, kedua-dua lelaki berstatus bapa itu dilihat duduk sambil mengendalikan jentera mainan jenis jengkaut untuk mengaut manik-manik berwarna-warni.

Kedua-duanya begitu fokus sehingga tidak menyedari ada yang merakam aksi mereka. Beberapa kanak-kanak kelihatan turut sama bermain di tepi mereka berdua.

Sikap mereka yang seolah-olah tenggelam dalam keseronokan mengendalikan mainan itu mengundang senyuman daripada pengguna media sosial yang rata-rata melihatnya sebagai momen menghiburkan.

“Bila inner child menguasai diri bapa-bapa. Masalahnya bapa-bapa je ada kat situ, anak anaknya mana? Projek besar ni tak boleh kacau,” tulis pemuat naik hantaran di ruangan kapsyen.

“Kita kena faham, disebalik teruja bapa-bapa ni, ada cerita sedihnya. Mungkin dulu hidup susah, minta mak ayah belikan mainan tapi mereka tak bagi. Nanti dah besar, dah ada duit beli sendiri,” komen Lukman.

“Cuba bapa-bapa ni pergi Petrosains bahagian kapal korek, mesti tak bergerak. Aku suka pergi sana semata-mata nak main kapal korek je,” ujar Seralissa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI