fbpx

Anak teman wanita pun jadi …

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MURUGESWARAN (baju merah, kelabu) Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun yang juga anak teman wanitanya. -Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP

SEREMBAN – Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan hubungan seks luar tabii dan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun yang juga anak teman wanitanya.

A.Murugeswaran, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan hubungan seks di luar aturan tabii tanpa kebenaran mangsa seorang remaja perempuan berusia 16 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu dilakukan di ruang tamu sebuah rumah di S2 Height Seremban di sini lebih kurang pukul 5 petang, 21 Mei lalu.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377CA Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah akta yang sama iaitu boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh juga dihukum dengan sebatan.

Dalam pada itu, di lokasi dan masa sama tertuduh turut didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama iaitu kesalahan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan sebatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI