fbpx

Laskar kanan Maritim tidak mengaku terima rasuah RM1,700

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, Raimi Fathullah (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh bagi lima pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM1,700, dua tahun lalu.

IPOH – Seorang anggota Maritim Malaysia (APMM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1,700 pada Februari hingga April 2022.

Tertuduh, Raimi Fathullah Rosland, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh yang juga Laskar Kanan Maritim Langkawi didakwa menerima RM1,700 daripada pemilik sebuah syarikat pada 3 dan 17 Februari serta 2, 21 dan 29 April 2022.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Noor Azura Zulkiflee manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,500 dengan seorang penjamin. Kes disebut semula pada 2 Disember depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI