fbpx

Lagi kes kibar bendera China, kali ini di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA individu dipercayai mengibarkan bendera negara China dalam satu sambutan di Sentosa, Johor Bahru, minggu lalu.

JOHOR BAHRU – Polis membuka kertas siasatan berkaitan insiden tular pengibaran bendera negara luar oleh sekumpulan individu dalam satu upacara perarakan agama peringkat antarabangsa di Sentosa, di sini minggu lalu.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya telah menerima satu laporan polis berhubung kejadian berkenaan pada pukul 3 petang, semalam.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949, Seksyen 505 (b) Kanun Kesiksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pihak polis akan memanggil penganjur yang terlibat serta saksi-saksi untuk membantu siasatan,’ katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, tular di aplikasi X oleh pemilik akaun bernama Salim Iskandar yang menunjukkan insiden pengibaran bendera negara luar oleh sekumpulan individu dalam satu upacara perarakan agama peringkat antarabangsa tersebut. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI