fbpx

Kongsi foto ‘lama’ mata lebam, Shila trauma dengan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila Amzah masih trauma dengan kenangan pahit yang berlaku di Pulau Pinang suatu ketika dahulu.

PETALING JAYA – Selepas lebih sedekad dihantui kenangan pahit, penyanyi Shila Amzah nekad berdepan trauma lamanya di Pulau Pinang apabila memilih destinasi itu sebagai lokasi percutian bersama suami, Ubai dan keluarga.

Ujar Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 34, negeri tersebut pernah membawa episod gelap yang sukar dilupakan namun kini dia berusaha membuka lembaran baru dengan mencipta memori indah di tempat sama.

“Saya berdepan dengan rasa takut itu ditemani suami tercinta. Ramai yang tidak tahu Pulau Pinang membuatkan saya rasa trauma.

“Ada beberapa insiden yang berlaku di Pulau Pinang yang menghantui dan tidak boleh saya lupakan. Sudah lebih 10 tahun saya cuba untuk atasi.

“Baru-baru ini kami bercuti bersama keluarga dan saya cadangkan Pulau Pinang. Saya mahu mencipta memori baru bersama keluarga,” katanya dalam Instagram.

Pun begitu, pelantun lagu Masih Ada Cinta itu tidak menjelaskan secara terperinci trauma yang dihadapinya selama ini.

Namun, Shila kemudiannya menjawab soalan netizan yang bertanyakan penyebab traumanya itu dengan melampirkan gambar mata bengkak dan lebam seperti ditumbuk.

Tanpa penjelasan, dia hanya meninggalkan emoji senyum.

Dalam hantaran sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi ragam anak perempuannya iaitu Rhea Akira yang tidak henti menangis disebabkan baru tumbuh gigi.

“Dia (Ubai) selalu kagum bagaimana saya sentiasa tenang. Saya katakan kita sebagai ibu bapa tiada pilihan. Saya tidak mahu hilang kawalan di depan anak-anak kerana itu akan membuatkan mereka trauma.

“Tidak kira penat macam mana pun anak adalah rahmat dan amanah Allah kepada kita. Mereka tidak boleh memilih ibu bapa, tetapi kita boleh pilih untuk menjadi ibu bapa yang bagaimana kepada mereka,” ujarnya.

Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dan merek memiliki seorang anak perempuan bersama iaitu Rhea yang dilahirkan pada Mei lalu.

Shila juga memiliki seorang anak lelaki iaitu Seth Uwais menerusi hasil perkahwinan terdahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI