fbpx

Kad khas beli Jualan Ehsan Rahmah untuk pengusaha Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rizam (dua kanan) dan Mohd. Zuhairi ketika meninjau harga SHMMP bagi daging kambing biri-biri bertulang import di Econsave Pandamaran, Klang.

KLANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor akan bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi pelaksanaan kad khas peniaga bagi pembelian dalam Jualan Ehsan Rahmah.

Pengarah KPDN Selangor, Mohd. Zuhairi Mat Radey berkata, ia merupakan langkah bagi menggalakkan semula Menu Rahmah di kalangan peniaga negeri ini.

“Umum mengetahui jualan Ehsan Rahmah di Selangor, kita tidak benarkan peniaga membeli, kita kawal. Kalau ayam dua ekor sahaja.

“Mereka dapat penjimatan dalam barang-barang mentah dan sampaikan penjimatan dalam Menu Rahmah seterusnya menghidupkan semula program berkenaan

“Perkara ini sedang diperhalusi dan berkemungkinan akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau bersama Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna Selangor, Datuk Rizam Ismail melakukan pemeriksaan pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di Econsave Pandamaran di sini.

Mohd. Zuhairi memaklumkan pihaknya akan melaksanakan ‘projek pilot’ terlebih dahulu bagi memastikan kad tersebut tidak disalahguna.

“Selangor lebih mudah sebab KPDN sangat rapat dengan kerajaan negeri. Umum mengetahui pelaksana Jualan Ehsan Rahmah paling besar adalah Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). Jadi mudah jalankannya,” katanya.

Dalam pada itu, Rizam menjelaskan, pihaknya akan menyelaraskan di peringkat kerajaan negeri untuk menyambut baik segala perkara sedang dilaksanakan KPDN.

“Setakat ini, tiada angka (peniaga yang tidak meneruskan program itu) namun kita sedang memantau dengan segera.

“Kita sedia maklum, Selangor ibarat mini Malaysia dan sudah pasti kepadatan penduduk menyumbang lebih banyak Jualan Ehsan Rahmah dilaksanakan dengan setiap bulan di seluruh Selangor,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI