PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri petang ini.
Negeri berkenaan adalah Kedah, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.
Menurut MetMalaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 7 petang itu melibatkan seluruh kawasan di Terengganu, Kuala Lumpur dan Labuan.
“Amaran ribut petir melibatkan Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim di Kedah, manakala di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.
“Bagi Selangor pula, amaran ribut petir melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat, manakala di Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.
“Keadaan sama juga dilaporkan melanda Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang di Sarawak, manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort” katanya. -KOSMO! ONLINE