fbpx

Gembira pulang sambut Deepavali lepas 3 bulan jadi ‘scammer’ di Laos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumar (dua kanan) yang diselamatkan MHO daripada sindiket pemerdagangan manusia tiba di KLIA Terminal 2 hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

SEPANG – Penderitaan seorang mangsa pemerdagangan manusia di Laos berakhir apabila dia berjaya diselamatkan, sekali gus dapat meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga tercinta di Kedah.

Menurut Kumar (bukan nama sebenar), 26, dia tidak pernah menduga untuk menjadi mangsa jenayah tersebut di mana perlu bekerja sebagai ejen penipuan secara dalam talian.

“Sebenarnya, saya baru sahaja kahwin enam bulan lepas dan tertarik tawaran kerja kasino di Thailand dengan gaji bulanan RM5,000.

“Jadi, saya bersama seorang rakan telah terbang ke Bangkok dari Johor pada 19 Jun lalu dengan menaiki pesawat yang dibayar ejen terbabit,” katanya ketika ditemui di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini tadi.

Bercerita lanjut, Kumar berkata, setelah tiba di Bangkok, dia dibawa menuju ke Chiang Rai sebelum dipaksa menaiki bot ke Segi Tiga Emas di Laos dengan pasport dirampas oleh seorang ‘tomboi’ warga Malaysia.

Terdahulu, ketibaan Kumar disambut Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI