fbpx

EPL: Slot berang cara pemain Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SALAH muncul penyelamat apabila meledak gol penyamaan ketika Liverpool mengikat Arsenal pada aksi awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pengendali Liverpool, Arne Slot menuduh para pemain Arsenal sengaja membuang masa ketika pasukannya terpaksa bangkit sebanyak dua kali untuk mengakhiri perlawanan di Emirates dengan keputusan 2-2 awal pagi semalam.

Arsenal membuka tirai jaringan menerusi Bukayo Saka sebelum Virgil Van Dijk menyamakan kedudukan dan The Gunners sekali lagi di hadapan hasil jaringan Mikel Merino sebelum Mohamed Salah meledak gol ke-11 sepanjang 15 pertemuan menentang lawan itu.

Slot mengakui tidak menjangka Arsenal menggunakan taktikal tersebut yang dianggap memalukan, malah beliau juga terkejut apabila dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Anthony Taylor ekoran memprotes keputusan terlalu banyak perlawanan dihentikan.

“Banyak kali pemain mereka ‘rebah’. Saya tidak mahu menyalahkan mereka, tetapi ia berlaku apabila mereka berjaya menguasai bola. Ia mengganggu permainan dan tenaga para pemain kami,” katanya.

Keputusan itu menyaksikan hilang penguasaan takhta apabila ketinggalan satu mata di belakang pendahulu, Manchester City, manakala mereka memiliki kelebihan empat mata berbanding Arsenal di tangga ketiga, namun Slot masih enggan meletakkan pasukannya sebagai pencabar kejuaraan musim ini.

“Kali ini kami perlu beraksi dalam perlawanan yang sukar apabila dua kali ketinggalan, namun mentaliti yang ditunjukkan pemain sangat hebat.

“Saya fikir ramai peminat Arsenal menjangkakan mereka akan menang selepas mendahului pada babak pertama, tetapi kami tidak membenarkannya. Persembahan kami pada babak kedua sangat luar biasa, saya mahu ia diteruskan dalam perlawanan seterusnya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI