fbpx

EPL: Pengadil ‘bantu’ kekalahan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE LIGT didakwa menjatuhkan Ings ketika pengadil menghadiahkan sepakan penalti kontroversi yang menyaksikan United tewas berdepan West Ham kelmarin. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag tidak dapat menerima kekalahan 1-2 pasukannya kepada West Ham United pada aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium London kelmarin.

Menurutnya, gol kemenangan West Ham menerusi sepakan penalti kontroversi itu sangat tidak adil melibatkan penilaian yang dibuat oleh pegawai perlawanan termasuk pengadil dan pengendali Video Bantuan Pengadil.

Perlawanan tersebut menyaksikan United mengawal sebahagian besar aksi babak pertama, namun ketinggalan menerusi jaringan Crysencio Summerville pada minit ke-74 sebelum Casemiro menyamakan kedudukan kira-kira tujuh minit kemudian.

Bagaimanapun, insiden dalam kotak penalti pada hujung waktu sebenar perlawanan menyaksikan West Ham diberikan sepakan penalti yang disudahkan oleh Jarrod Bowen selepas Matthijs De Ligt didakwa menjatuhkan Danny Ings.

Pada awalnya, pengadil David Coote melihat insiden itu tanpa sebarang tindakan sebelum VAR mengarahkannya untuk menilai semula keputusan menyebabkan beliau membuat pusingan U dengan memberikan sepakan tersebut.

“Sebelum musim bermula, terdapat arahan bahawa VAR hanya akan campur tangan dalam insiden yang jelas melibatkan kesalahan. Sudah tentu situasi ini tidak jelas dan perlu ditentukan oleh pengadil di dalam padang.

“Saya bercakap dengan pengadil, tetapi keputusan sudah dibuat. Tidak mungkin ia akan berubah kerana ini bola sepak.

“Ini adalah perlawanan ketiga yang saya rasakan pasukan kami tidak diberikan keadilan yang sewajarnya musim ini. Ia memberikan kesan besar dan anda boleh melihat kedudukan kami, ia sangat tidak boleh diterima,” kata Ten Hag.

Kekalahan itu menyaksikan United kini menghuni tangga ke-14 apabila sekadar meraih tiga kemenangan dalam sembilan perlawanan awal musim selain berdepan empat kekalahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI