fbpx

Dua wanita berkait GISBH dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin

KUALA LUMPUR – Dua wanita yang juga pengikut GISB Holding Sdn Bhd (GISBH) akan didakwa di Mahkamah Klang, esok.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata,bagi kes pertama, wanita berusia 44 tahun akan didakwa di Mahkamah Klang mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007 (Akta 670).

Katanya, arahan pertuduhan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 17 Oktober lalu dan suspek akan didakwa pukul 9 pagi esok.

“Seorang lagi wanita berusia 54 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Klang mengikut Seksyen 5(1) Akta Pusat Jagaan 1993.

“Arahan pertuduhan diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya pada 15 Oktober lalu dan suspek akan didakwa pukul 9 pagi esok,” katanya ketika dihubungi hari ini

Beliau berkata, kedua-dua suspek adalah tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah khas) 2012 (SOSMA).-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI