fbpx

‘Dia umur 28 tahun’ – Qi Razali bertunang, kahwin tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Qi Razali mendedahkan bakal menamatkan zaman bujang tahun hadapan – MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

KUALA LUMPUR — Selepas berulang kali gagal dalam percintaan, pelakon Qi Razali mendedahkan bakal menamatkan zaman bujang tahun hadapan.

Meskipun enggan mendedahkan identiti wanita pilihannya, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong, 47, berkata, mereka sudah berkenalan sejak setahun lalu.

“Status saya belum kahwin tetapi saya akan kahwin, sekarang dalam proses persiapan membeli-belah barangan pengantin. Insya-Allah tahun hadapan.

“Dengan siapa saya tak boleh beritahu. Dia orang industri tapi bukan di hadapan kamera. Umur 28 tahun, nanti dah tiba masa saya akan beritahu.

“Tahun lepas kami berkenalan tetapi belum serius, lepas jumpa keluarga baru rapat tetapi sebenarnya merisik dan bertunang dah berlangsung Syawal tahun ini,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran filem Babah, hari ini.

Tambahnya, meskipun pernah beberapa kali gagal dalam hubungan cinta, namun itu tidak pernah dijadikan alasan untuk berputus asa mencari teman hidup.

Bagaimanapun, kata Qi dia akan memastikan betul-betul bersedia sebelum kembali serius menerima kehadiran seseorang dalam hidupnya.

“Saya tidak pernah meletakkan diri saya sebagai belum bersedia untuk enggan ada pasangan.

“Kalau sudah keluar dalam hubungan ini saya kena pastikan betul-betul tidak lagi terbawa-bawa kisah lama,” jelasnya.

Ditanya ciri-ciri wanita idamannya, Qi tidak cerewet, sebaliknya hanya mahu pasangan yang mampu membuatnya bahagia tanpa terlalu mencuba.

“Ciri-ciri yang saya cari sebenarnya yang boleh buat kita gembira tanpa buat-buat dan perlu diminta.

“Mungkin sebelum ini kerjaya yang mengganggu tetapi buat masa ini, apabila saya kenal dengan orang yang saya selesa, kami saling menyokong impian masing-masing,” tuturnya.

Sebelum ini, Qi mengakui, dia mengambil masa yang lama untuk mengubati hati setelah melalui beberapa fasa kegagalan dalam hubungan cinta sebelum ini.

Selepas itu, dia dilihat senang menjalani kehidupan solo tanpa ada komitmen dengan pasangan. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI