fbpx

Di Malaysia sahaja ada istilah hero tua – Aqasha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aqasha tidak bersetuju dengan budaya kerja industri tempatan sepertinya memulaukan pelakon senior.

PETALING JAYA – Drama bersiri Tulsa King dan The Old Man dijadikan sebagai contoh bagi pelakon Aqasha kerana karya terbabit mempamerkan aktor berusia sebagai watak utama.

Aqasha atau nama lengkapnya Firdee Akassya Rosli, 42, berkata, hal itu berbeza dengan industri tempatan apabila menggunakan istilah ‘hero tua’ kepada pelakon berusia yang diberi tanggungjawab itu.

“Tulsa King dan The Old Man merupakan dua siri yang ada dalam senarai main (playlist).

“Sudah tua tetap hero, cuma di Malaysia saja ada terma (istilah) hero tua,” katanya dalam ruangan InstaStory.

Dalam perkongsian sama, Aqasha meluahkan pendapat agar industri hiburan seharusnya lebih bersikap lebih terbuka dan memberi peluang sama rata kepada pelakon tanpa mengira usia untuk memegang peranan watak utama.

“Apalah, tidak cukup progresif lagi kita ini, Patutnya orang timur lebih menghargai orang tua.

“Tetapi, ini pendapat aku saja,” katanya.

Sekadar info, Aqasha memulakan kerjaya sebagai penyanyi sebelum membuat kemunculan pertama dalam filem Embun arahan Erma Fatima pada 2002. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI