fbpx

Dewan Rakyat: Lebih RM80 juta kutipan fi sijil halal diterima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Na'im ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. GAMBAR - JAPEM

KUALA LUMPUR – Berdasarkan proses audit kecukupan dan analisis ramuan, sebanyak RM80 juta kutipan fi pensijilan halal telah diperolehi dari 2012 hingga 2023 membabitkan 85,893 syarikat sebagai pemegang saham.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan, sebanyak RM80,032,254.43 kutipan fi pensijilan halal diterima oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

“Industri halal dikenal pasti sebagai salah satu industri strategik dan berimpak tinggi dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Kredibiliti Malaysia sebagai peneraju dalam pensijilan halal diperakui di peringkat global sehingga membawa peluang perdagangan dan pelaburan serta membuka pintu bagi syarikat pengeluar produk halal Malaysia ke pasaran global,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang ingin tahu berhubung perincian jumlah keseluruhan yang dikutip oleh JAKIM untuk pengeluaran sijil halal bagi setiap tahun dari tahun 2012 hingga 2023 dan jumlah sijil halal yang dikeluarkan.

Tambah Mohd Na’im, jumlah fi pensijilan halal menunjukkan peningkatan setiap tahun dan menggambarkan kefahaman serta kesedaran kepentingan pensijilan halal sebagai nilai tambah.

“Selain itu, peningkatan ini juga menunjukkan bahawa pensijilan halal Malaysia dapat diterima dengan baik oleh pihak industri dan pengguna di negara ini.

“Kerajaan sentiasa komited meningkatkan jumlah permohonan pensijilan halal Malaysia dalam kalangan pemain industri halal termasuk usahawan industri kecil dan mikro,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI