fbpx

Bekas Naib Ketua Pemuda dituduh liwat, amang enam remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZURAIDI (kanan) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi bagi berdepan tuduhan melakukan amang seksual dan liwat enam remaja antara 2017 hingga Mac lalu.

KOTA TINGGI – Bekas Naib Ketua Pemuda sebuah parti politik di Mersing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas sembilan pertuduhan amang seksual fizikal dan liwat terhadap enam remaja lelaki antara tahun 2017 hingga Mac lalu.

Tertuduh, Zuraidi Mazlan, 37, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Hayda Faridzal Abu Hasan sejurus pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan tujuh pertuduhan amang seksual fizikal bagi maksud seksual keatas empat remaja lelaki berusia 14, 15, dan 16 tahun di Perumahan Nelayan Kampung Penyabong, Mersing.

Pendakwaan dilakukan dibawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 14 (d) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dihukum sebat.

Dalam pada itu, Zuraidi juga berdepan dua pertuduhan dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii.

Pendakwaan itu dibuat dibawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Mahkamah juga menetapkan 11 Disember sebagai tarikh sebutan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI