fbpx

Banjir: Baling bah lagi, 60 rumah terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Masjid Tanjung Pari yang ditenggelami banjir akibat hujan lebat hampir empat jam sejak awal pagi ini.

BALING – Lebih 60 rumah di kira-kira empat kampung dalam mukim Siong, di sini dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat selama empat jam, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, antara kampung terjejas adalah Kampung Batu Lapan, Seri Ketengga, Batu 60 dan Bukit Sebelah.

“Kawasan rumah penduduk mula dinaiki air selepas hujan lebat hampir empat jam sejak pukul 5 pagi tadi.

“Dianggarkan sebanyak 60 rumah penduduk kampung dimasuki air dan ada di antaranya melebihi paras satu meter,” katanya di sini hari ini.

Katanya, hujan lebat berterusan selama lebih satu jam turut mengakibatkan beberapa kawasan rumah terletak di tepi Sungai Ketil dilanda banjir.

“Semua anggota APM dalam keadaan berjaga-jaga dan memantau paras Sungai Ketil dari semasa ke semasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI