fbpx

[VIDEO] ‘Gajah pun dah kerja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Aksi unik seekor gajah yang digunakan untuk menguji ketahanan pagar mencuri tumpuan netizen apabila memaparkan situasi yang jarang dilihat.

Dalam sebuah video berdurasi 46 saat yang dikongsi oleh pengguna TikTok, ChezZ91, kelihatan gajah tersebut dengan santainya menolak pagar menggunakan belalainya hingga pagar tersebut tumbang.

Tindakan kreatif lelaki tersebut mencetuskan pelbagai reaksi oleh netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan kagum dengan ‘ujian kualiti’ yang dijalankan oleh si gajah.

“Zaman sekarang semua perlukan duit. Gajah pun mencari rezeki, inikan pula manusia,” ujar Zara Damia2614.

“Padu betul ujian ini. Gajah sebenar dijadikan pengurus kualiti!” tambah Zamir. – KOSMO! ONLINE

@mr_chezz91 Test Fail🐘🐘🐘 #fyp #ecrlproject #Pehilitan #abangbesar ♬ 搞笑滑稽搞怪 – MrM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI