fbpx

Utara, Pantai Timur tanah air alami cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di negeri-negeri utara dan Pantai Timur negara sehingga petang ini.

Menurut MetMalaysia, negeri utara yang terlibat adalah Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

“Keadaan yang sama dijangka berlaku di Perak di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang,” katanya.

Bagi negeri Pantai Timur pula, cuaca buruk diramalkan berlaku di Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu).

“Di Pahang, kawasan sekitar Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Bera turut terjejas dengan hujan lebat dan angin kencang petang ini,” tambahnya.

Sementara itu, cuaca cerah dan baik dijangka berlaku di seluruh kawasan Lembah Klang dan Borneo.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI