fbpx

TNB, LPHP penuhi hasrat golongan asnaf tiada tanah miliki rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAARANI (enam dari kiri) melihat kunci rumah salah seorang penerima rumah pada Majlis Penyerahan Kunci Program Khas Perumahan Perwira dan Program Baiti Jannati di Taman Perwira Jaya, Batang Padang, Tapah hari ini.

TAPAH – Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) bekerjasama menerusi program Baiti Jannati membolehkan golongan asnaf memiliki kediaman sendiri tanpa perlu mempunyai tanah sendiri sebagai syarat utama sebelum ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, program Baiti Jannati merupakan satu inisiatif murni TNB yang selama ini memerlukan pemohon perlu mempunyai tanah sendiri bagi melayakkan diri menerima bantuan bina rumah oleh TNB.

“Namun dengan kerjasama antara TNB dan LPHP, program ini kini dapat memanfaatkan pemohon yang tidak memiliki tanah. Usaha ini telah membuka peluang kepada golongan asnaf yang layak untuk turut berpeluang memiliki kediaman sendiri.

“Sebanyak lima keluarga asnaf yang layak telah terpilih untuk menerima rumah di bawah program ini. Dua unit rumah disediakan di Taman Seri Selinsing, Kerian dan tiga lagi di Taman Emas Bidor, Daerah Batang Padang di Tapah,” katanya.

Beliau berkata sedemikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Kunci Program Khas Perumahan Perwira dan Program Baiti Jannati di Taman Perwira Jaya, Batang Padang di sini hari ini.

Katanya lagi, bagi membiayai pembelian rumah-rumah ini, TNB telah memperuntukkan sebanyak RM450,000 sekali gus menunjukkan komitmen tinggi dalam tanggungjawab sosial korporat.

“Pentadbiran daerah turut memainkan peranan penting dalam mengenal pasti penerima yang layak dan memastikan bantuan ini sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI