fbpx

Tiga hari padam kebakaran kilang di Pengkalan Chepa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kilang yang menempatkan barangan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa yang terbakar sejak semalam. FOTO IHSAN BOMBA

KOTA BHARU – Operasi memadam kebakaran sebuah kilang yang menempatkan barangan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini dijangka akan mengambil masa tiga hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafei berkata, selepas 14 jam operasi dijalankan, pemadaman api dilihat sedikit sukar berikutan kilang tersebut menyimpan banyak timbunan barang kitar semula.

Menurutnya, setakat ini, 40 peratus kebakaran sudah dapat dipadam dan baki api di kawasan melibatkan timbunan barang kitar semula setinggi lima meter di tengah kilang itu sedang diusahakan pemadamannya.

“Anggota bomba menumpukan pemadaman bahagian tepi kilang itu bermula petang semalam bagi mengelakkan api merebak di lima bangunan berdekatan.

“Kita menggunakan semburan sabun berikutan kepulan asap sangat tebal kerana bahan yang terbakar merupakan barangan plastik, getah dan kain,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Zukeri memberitahu, operasi pada hari ini melibatkan lebih 40 anggota dari tiga balai bomba dengan menumpukan pemadaman di bahagian tengah kilang tersebut.

Kosmo! Online semalam melaporkan, sebuah kilang barangan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini musnah dalam kejadian kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI