fbpx

Serie A: Conte puas aksi Napoli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DI LORENZO meledak gol tunggal perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan buat Napoli sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah di Serie A setakat ini. - AFP

NAPLES – Napoli berjaya mengekalkan rekod kemenangan dalam lima perlawanan Serie A berturut-turut selepas mengatasi cabaran sengit Lecce 1-0 awal pagi semalam sekali gus mengundang pujian jurulatih mereka, Antonio Conte.

Selepas menghadapi cabaran besar minggu lalu menentang Empoli, kali ini Napoli sekali lagi diuji apabila hanya mampu meraih gol pada separuh masa kedua hasil jaringan tunggal Giovanni Di Lorenzo.

Conte yang memahami tekanan pemain dalam usaha mencari gol, tidak mempunyai banyak kritikan untuk diberikan selepas pasukan menunjukkan penguasaan penuh dengan 16 sepakan sudut dan kawalan bola yang mantap.

“Kami menghadapi pasukan yang bertahan dengan cukup teratur dan baik. Saya menenangkan pemain agar terus mencipta peluang dengan sabar dan kematangan.

“Kami melakukan apa yang sepatutnya, kami mendominasi dari awal hingga akhir. Saya tidak boleh meminta lebih daripada para pemain melihat kepada statistik perlawanan. Kedudukan dalam liga tidak mencerminkan keupayaan sebenar Lecce,” kata Conte.

Sementara itu, pemain tengah Frank Anguissa memuji pendekatan Conte, terutama sekali dalam tempoh rehat separuh masa yang tanpa gol.

“Dia tidak menjerit. Dia memberitahu kami untuk terus bermain seperti yang kami tahu dan untuk kekal tenang,” kata Anguissa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI