fbpx

‘Semoga yang bersalah sempat minta maaf atas perbuatan fitnah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazura kesal dengan perbuatan segelintir pihak yang sewenang-wenangnya menuduh ibu Puteri Balqis mengambil bahan terlarang.

PETALING JAYA – Kesal fitnah berleluasa, pelakon Fazura menegur sikap segelintir netizen yang membuat tuduhan melulu terhadap ibu kepada pelakon Puteri Balqis dengan dakwaan kononnya mengambil bahan terlarang.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkata, individu yang gemar berbuat demikian langsung tidak memikirkan kesan negatif kepada mangsa.

“Ruginya manusia yang tidak pandang kiri kanan atau hari esok bila berkata. Hanya tahu sedap mulut dan tangan nak menulis tanpa fikir perasaan orang lain dan akibatnya.

“Bagaimana kalau ini terjadi pada diri sendiri pula? Pernah terfikir tak? Jadi, gunalah otak, hati dan ilmu.

“Jangan sedap menghukum sahaja tanpa kebenaran sebenar,” tulisnya dalam perkongsian di InstaStory.

Pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu turut meninggalkan kata-kata semangat buat Puteri Balqis serta ibunya, Norashikin Mohd. Aziz agar terus cekal.

“Semoga terus kuat adikku Balqis! Percaya Allah SWT sentiasa melihat dan mendengar. Setiap perbuatan pasti ada balasan-Nya.

“Semoga yang bersalah sempat minta maaf atas perbuatan fitnah ini dengan ibu Balqis dan anaknya.

“Jika tidak, jawablah dengan Allah SWT. Semoga kita ambil pengajaran dan menjauhi sifat-sifat syaitan,” ujarnya.

Puteri Balqis, 17, tidak ketinggalan menzahirkan terima kasih terhadap ketulusan Fazura mempertahankan ibunya selepas diserang fitnah.

Terima kasih banyak-banyak Kak Faz. Semoga Kak Faz (Fazura) dan Fatima selamanya dilindungi daripada kata-kata perit manusia,” tulisnya.

Terdahulu, Pelakon Wanita Terbaik Asian Television Awards 2014 itu memuat naik sebuah video bersama ibunya di aplikasi Tik Tok.

Begitupun, segelintir netizen meninggalkan komen melampau apabila mendakwa ibu Balqis mengambil dadah hanya disebabkan matanya yang kelihatan merah.

Ini bukan kali pertama tuduhan sebegitu dilemparkan sehingga ibunya mengalami tekanan dan perlu dijaga bagi memastikannya tidak mencederakan diri sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI