fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Perlis, Kedah tengah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal di Perlis dan Kedah.

Menurut kenyataan Met Malaysia, amaran cuaca buruk sehingga pukul 1 tengah hari itu melibatkan seluruh kawasan di Perlis.

“Bagi Kedah pula, amaran hanya diberikan di Langkawi,” katanya.

Bagaimanapun, MetMalaysia akan mengeluarkan amaran ribut petir sekiranya terdapat tanda-tanda hujan lebat melebihi 20 millimeter sejam yang dijangka berterusan lebih daripada satu jam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI