fbpx

Permohonan maaf Najib harus diterima oleh sesiapa sahaja – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia Madani di Putrajaya petang tadi. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – UMNO menyifatkan permohonan maaf yang dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus diterima oleh sesiapa sahaja.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seseorang pemimpin yang baik harus menerima permohonan maaf itu dan UMNO berpendirian bahawa Najib telah dipengaruhi salah oleh seseorang atau sekumpulan individu.

“Perkara (permohonan maaf) ini harus diambil satu keprihatinan dan kita jangan terus prasangka dan lemparkan pelbagai taksiran tentang perkara itu.

“Kenyataan (permohonan maaf) itu dikeluarkan selepas keterangan saksi-saksi dimahkamah dan hanya disedari Najib selepas saksi berkenaan memberi keterangan,” katanya yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia MADANI di sini, hari ini.

Sebelum ini, Najib membuat permohonan maaf berhubung salah laku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibacakan oleh anaknya Datuk Mohamad Nizar.

Dalam kenyataan itu, Najib menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI