fbpx

Nenek di Kampar hilang tanpa jejak dalam kebun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas tersebut dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 21 Oktober lalu. - Istimewa

JAKARTA – Seorang nenek berusia 77 tahun hilang secara misteri di sebuah kebun di Kampar, wilayah Riau selepas masuk ke kawasan itu untuk berjalan-jalan pada waktu tengah hari, lapor laman berita Riau Editor hari ini.

Dia dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya pada 21 Oktober lalu.

Setelah berita kehilangannya itu heboh, polis dengan dibantu penduduk setempat menjalankan operasi mencari mangsa.

“Sejak kami menerima laporan kehilangannya, wanita tersebut masih belum ditemui,” kata Ketua Pejabat Pencarian dan Pertolongan Kelas 1 Pekanbaru, Budi Cahyadi.

Tambah Budi, warga emas itu pada mulanya menjalankan aktiviti kebiasaannya dengan berjalan kaki untuk bersenam. 

Dia sepatutnya pulang ke rumah pada pukul 12 tengah hari (waktu tempatan) untuk makan tengah hari, namun sehingga petang tidak pulang.

Pasukan mencari dan menyelamat bergegas ke lokasi kebun untuk melakukan pencarian.

“Masyarakat bersama polis dan tentera juga melakukan pencarian di lokasi kebun tersebut, namun setakat ini pencarian tidak membuahkan hasil,” kata Budi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI