fbpx

Nasib bukan gajah, rider cemas kena hantar ular sawa hidup 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ular sawa yang bersembunyi di antara bungkusan. - TikTok

JAKARTA – Seorang pekerja kurier di Indonesia berdepan detik cemas apabila dia terpaksa menghantar ‘parcel’ berupa seekor ular sawa hidup kepada pelanggan, lapor saluran berita Abatanews semalam. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @rumahpardummomkidstore menunjukkan ular sawa itu bersembunyi di celah-celah bungkusan-bungkusan lain. 

Lebih aneh apabila ia datang tanpa sebarang kotak atau perlindungan khas seperti kandang.

Badan reptilia itu hanya ditampal dengan nota penghantaran, manakala mata dan mulutnya dililit dengan pita pelekat. 

“Siapa yang pesan parcel ini?,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu menjadi tular dan mencatatkan lebih 1.7 juta tontonan. 

“Kalau beli gajah secara online boleh ke?” gurau seorang netizen. 

“Barang ini mungkin dihantar ke rumah bekas kekasih,” komen netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI