fbpx

Nak kahwin, Selena Gomez dapat restu ‘abang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIADA pertalian darah namun hubungan Selena Gomez dan David Henrie sudah seperti adik-beradik.

AKTOR David Henrie yang sudah dianggap seperti abang sendiri oleh Selena Gomez mendedahkan pernah mengadakan pertemuan dengan kekasih wanita itu, Benny Blanco.

Blanco dikatakan sudah mendapat ‘restu’ daripada Henrie untuk mengakhiri hubungan ke gerbang perkahwinan.

Kata Henrie, Blanco mempunyai sifat yang sepadan dengan Gomez. Malah, dia yakin bahawa Blanco mampu membahagiakan Gomez.

“Kami ada bertemu sebelum ini. Memang saya sangat teruja kerana Blanco seorang yang lucu dan gemar berjenaka.

“Saya yakin dia akan menjaga Gomez dengan baik. Saya sangat percaya Gomez mahukan dia dan berasa sangat gembira bersama,” katanya.

Hubungan Henrie dan Gomez menjadi akrab sejak mereka bersama-sama membintangi siri Wizards of Waverly Place.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI