fbpx

Mohd. Hisham dilantik Ketua Pengarah MetMalaysia baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hisham dilantik Ketua Pengarah baharu MetMalaysia.

PETALING JAYA – Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah MetMalaysia yang ke-11 merupakan satu usaha kerajaan untuk memperkasakan penyampaian perkhidmatan jabatan tersebut sebagai agensi peneraju unggul dalam bidang meteorologi, iklim dan geofizik di peringkat negara dan antarabangsa.

“Beliau yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (operasi) MetMalaysia berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Sains Matematik dari Universiti Malaya, serta Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang Sains Atmosfera dari Universiti Missouri, Amerika Syarikat telah memulakan perkhidmatan di Jabatan Meteorologi sejak 4 Mac 1994.

“Sepanjang 30 tahun berkhidmat, beliau telah bertugas di pelbagai cabang meteorologi meliputi ramalan cuaca, latihan, ICT, instrumentasi dan pengurusan kualiti,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Mohd. Hisham, 55, yang berpengalaman luas dalam bidang sains meteorologi turut dilantik untuk menganggotai pelbagai jawatankuasa dan kumpulan kerja pakar teknikal di peringkat nasional serta antarabangsa melibatkan bidang pengurusan bencana, ramalan cuaca dan banjir, perubahan iklim serta penyelidikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI