fbpx

‘Maaf, beri saya ruang’- Kaka mohon privasi berhubung perceraian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kaka memohon sedikit ruang sebelum memberi sebarang penjelasan berhubung perceraian dengan suami, Adam Azriff.

PETALING JAYA – Penyanyi Kaka Azraff, 35, belum bersedia untuk memberi sebarang penjelasan berhubung berita perceraiannya dengan suami, Adam Azriff yang dilaporkan media hari ini.

Bagaimanapun, Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff menerusi mesej ringkas kepada Kosmo! Online memohon agar diberikan ruang buat masa sekarang.

“Salam. Maaf, beri Kaka ruang ya,” demikian katanya sebentar tadi.

Hari ini, Kosmo! melaporkan perkahwinan pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) itu dengan suami menemui noktah apabila mereka dikatakan bercerai talak satu.

Pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, tengah hari tadi.

Sumber yang enggan dikenali berkata, Kaka dilihat hadir ke mahkamah seawal pukul 9 pagi tadi.

Bahkan, dia dan bekas suaminya dikatakan berpisah secara baik dan bersepakat dalam hal penjagaan tiga anak mereka.

Menerusi semakan, kali terakhir Kaka berkongsi momen bersama keluarga kecilnya adalah pada hari ini ketika mereka menyertai aktiviti di sebuah premis permainan.

Sekali gus, tidak menunjukkan sebarang tanda rumah tangga yang dibina pada 14 Disember 2018 itu bermasalah atau bakal runtuh di tengah jalan.

Terdahulu, pasangan terbabit hanya bercinta selama tiga bulan sebelum diijabkabulkan sebagai suami isteri.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI