fbpx

Lelaki perlekeh anggota JPJ didenda RM100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAMSUDIN Yoep (dua dari kiri) didenda RM100 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ipoh memperlekehkan anggota JPJ, minggu lalu.

IPOH – Padah kerana memperlekehkan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang lelaki didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku melakukan kesalahan itu, minggu lalu.

Tertuduh, Samsudin Yoep, 58, juga berdepan hukuman penjara seminggu jika gagal membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan selepas lelaki terbabit mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mengatakan kepada seorang anggota JPJ yang bertugas di kaunter pertanyaan iaitu ‘JPJ kena bayar dulu, baru kerja jalan’ dengan tujuan mengganggu keamanan.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di Kaunter Perdagangan, Tingkat 2 JPJ Kampung Simee dalam daerah Kinta pada pukul 9 pagi, 22 Oktober 2024.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin memohon tertuduh dikenakan hukuman denda maksimum bagi memberi pengajaran namun tertuduh yang diwakili Robert Gnanarajan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon agar jumlah jaminan minimum diberikan atas alasan lelaki terbabit mempunyai tanggungan isteri dan tiga anak.

Berdasarkan fakta kes, lelaki itu menyebut ‘JPJ kena bayar dulu, baru kerja jalan’ secara berulang di hadapan Zuriada sebelum mangsa bertindak membuat laporan. Tertuduh ditahan polis pada pukul 1.40 pagi, 23 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI