fbpx

Lelaki bawa tukul serang jiran bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gee Chuan ditahan polis enam hari selepas insiden serangan. - Mothership

SINGAPURA – Seorang lelaki di Singapura dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan denda SG$4,000 (RM13,200) kerana menyerang rumah jirannya menggunakan tukul akibat tidak tahan dengan bunyi bising, lapor portal berita Mothership.

Tee Gee Chuan, 63, tinggal di aras lima sebuah pangsapuri di Toa Payoh. 

Dalam kejadian pada 12 Jun lepas, dia pergi ke rumah jirannya di tingkat atas yang berada betul-betul di atas unit pangsapurinya untuk berhadapan dengan penghuni rumah itu.

Lelaki tersebut mengetuk tingkap, pintu dan paip air jirannya menggunakan tukul sebelum seorang jiran lain menghubungi polis.

Berdasarkan rakaman video, serangan Gee Chuan berlarutan kira-kira dua minit, manakala dokumen mahkamah menyatakan bahawa bunyi hentakan boleh didengar dengan sangat kuat.

Tertuduh turut mengetuk paip air secara berterusan selama beberapa saat pada satu ketika serta menendang paip itu.

Siasatan juga mendedahkan bahawa selepas mengetuk pintu, tingkap dan paip air jirannya, tertuduh berjalan ke tingkat tujuh dan berlegar-legar.

Dia kemudian dilihat berjalan turun ke tingkat lima ketika penduduk menghubungi polis.

Tertuduh dihantar ke Institut Kesihatan Mental (IMH) pada 20 Jun hingga 4 Julai lalu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Dia kemudian didiagnosis mengalami gangguan psikotik.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati bahawa tiada kaitan  antara keadaan kesihatan mental dan kesalahannya, serta tertuduh berada dalam keadaan mental yang normal pada masa kesalahan dilakukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI