fbpx

Kes jenayah Terengganu meningkat 24.6 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi melupuskan barang kes dengan menggunakan mesin penggelek di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Indeks kadar jenayah Terengganu pada tempoh sembilan bulan pertama tahun ini menunjukkan peningkatan 24.6 peratus.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, sebanyak 1,272 kes dilaporkan sejak awal tahun ini berbanding cuma 1,021 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Beliau berkata, kecurian harta benda penyumbang terbanyak peningkatan kes jenayah tersebut selain pecah rumah dan kekerasan seperti rogol dan samun.

“Sebanyak 974 daripada 1,272 kes direkodkan tersebut atau 77 peratus berjaya diselesaikan sekali gus melepasi sasaran ditetapkan iaitu 45 peratus.

“Dalam perkembangan sama, sebanyak 53 peratus kes tersebut telah dituduh di mahkamah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Khairi berkata, sebanyak 11,898 karton rokok, 523 unit barang kes am, 220 unit komponen bitcoin dan 23 unit barang kes perjudian bernilai keseluruhan RM741,496.54 telah dilupuskan dengan cara musnah serta jualan sisa besi dan pepejal.

Tambah beliau, kesemua pelupusan berkenaan melibatkan barang kes sejak tahun 2010. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI